Ahmad Dhani
Ahmad Dhani

JAKARTA – Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas artis terkenal, Ahmad Dhani, lapor CNN Indonesia.

Ketua majlis, Ratmoho berkata, hukuman tersebut kerana tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.

Serentak itu, Majlis Hakim memerintahkan Ahmad Dhani yang juga pengasas dan ketua Kumpulan Dewa 19 ditahan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, penganjur NIZRA Production mengesahkan Konsert DEWA19 Reunion Live in Malaysia feat.Ari Lasso & Once Mekel’ tetap diteruskan walaupun Ahmad Dhani berdepan hukuman penjara.

Menurut Pengarah Urusan NIZRA Production, Nik Iruwan tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert seperti digembar-gemburkan.

“Kami berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert tersebut akan tetap berlangsung dan DEWA 19 akan memberi persembahan terbaik buat semua,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast