Seorang pekerja memeriksa daun teh yang telah siap dikisar sebelum dimasukan kedalam mesin pengering ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Cameron Highlands, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 23 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR- Gaji di Malaysia perlu berkembang pada kadar purata 3.5 peratus setahun jika mahu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2023.

Menurut Ketua Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd., Manokaran Mottain, ketika ini kadar purata pertumbuhan gaji negara berada pada kadar sekitar 2.4 peratus disebabkan oleh ramai buruh asing.

“Bagi meningkatkan pertumbuhan gaji, kita perlu menangani isu buruh asing.

“Kurangkan (penggunaan) buruh asing dan saya yakin kadar gaji pasti meningkat,” katanya kepada pemberita selepas Forum Ekonomi dan Tinjauan Masa Hadapan Strategik Malaysia di sini hari ini.- Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast