Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah mengarahkan pemberhentian kerja serta merta selepas seorang pekerja maut di tapak projek pembinaan kawasan perindustrian Kampung Baru Balakong

Ia bagi menjalankan siasatan mengenal pasti punca kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati bahan konkrit yang digunakan disyaki tidak menepati standard kualiti yang ditetapkan.

“Sehubungan dengan itu, JKKP Selangor bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan
menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian 4.30 petang semalam, seorang pekerja maut manakala seorang lagi cedera parah apabila struktur konkrit di tapak projek roboh dan menghempap mangsa-mangsa.

Tambahnya, JKKP memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam.

Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan juga pekerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast