KUALA LUMPUR – AirAsia bakal terbang ke bandar terbesar Can Tho, dengan kekerapan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur bermula 8 April ini.

Laluan baharu dari Kuala Lumpur ini merupakan perkhidmatan antarabangsa pertama yang beroperasi ke bandar keempat terbesar di Vietnam tersebut.

Untuk meraikan laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM36 dari 29 Januari 2019 hingga 10 Februari 2019.

Tawaran itu untuk tempoh perjalanan antara 8 April 2019 dan 25 Oktober 2019 dan boleh ditempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Terletak di selatan tebing Sungai Hau, Can Tho terkenal dengan pasar terapung, kertas tepung, desa pembuatan tembikar dan terusan luar bandar yang indah.

Turut dikenali sebagai “Emas Putih Vietnam” kerana tanahnya yang subur, Can Tho juga merupakan pengeluar pertanian terbesar di delta sungai Mekong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast