TORONTO – Kanada mengurangkan separuh daripada kakitangannya di Kedutaan di Havana selepas seorang lagi jatuh sakit.
Sehingga kini sejumlah 14 orang kakitangan kedutaan negara itu mengalami sakit misteri.
Sebelum ini, Amerika Syarikat juga bertindak mengurangkan lebih 50 orang kepada 18 orang sahaja berikutan 12 orang kakitangannya jatuh sakit dengan simptom-simptom yang sama.
Kakitangan Kanada dan Amerika Syarikat di kedutaan di Cuba dilanda sakit misteri termasuk rasa loya dan sakit kepala sejak musim panas tahun 2017.
“Tindakan pengurangan di Kedutaan Kanada adalah maklum balas yang tepat,” kata Kerajaan Kanada.
Kes terbaharu itu berlaku pada bulan November mendorong keputusan mengurangkan kakitangan dilakukan.
Kerajaan Cuba telah bekerjasama dengan Kanada untuk mengesan penyakit misteri itu namun setakat ini belum didedahkan.
Kanada adalah rakan ekonomi penting Cuba dan lebih daripada sejuta rakyatnya melawat Kepulauan Carribean itu tahun lalu – turut menjadikan ia sebagai pasaran penting dalam sektor pelancongan.
Toronto juga merupakan antara 10 rakan perdagangan utama Cuba, dengan perdagangan Kanada-Cuba berjumlah AS$ 790 juta pada tahun 2017.
Ini adalah satu-satunya perkongsian perdagangan di Cuba, yang mana imbangan perdagangan dalam negara, menurut angka perdagangan Cuba terkini. – MalaysiaGazette