Vladimir Putin

KUALA LUMPUR – Presiden Rusia, Vladimir Putin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengangkat sumpah sebagai  hari ini.

Kedutaan Rusia di ibu negara berkongsi perutusan khas Putin dalam ruang Facebook rasmi kedutaan itu petang tadi.

Dalam perutusannya, Putin memaklumkan hubungan persahabatan Malaysia dan Rusia telah terjalin secara tradisional.

Vladimir meluahkan harapannya supaya kerjasama dua hala terus kekal demi kebaikan kedua-dua negara itu di bawah naungan Sultan Al-Abdullah.

Malah beliau yakin hasil persahabatan kedua-dua negara dapat memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan rantau Asia Pasifik.

Putin juga merakamkan setinggi-tinggi harapan supaya Seri Paduka dikurniakan kesihatan dan kejayaan yang baik dan Malaysia serta rakyat terus hidup sejahtera dan makmur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast