Seorang peniaga, Cheah Kim Hung, 46, memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana tindakannya memuat naik komen yang tidak sepatutnya di laman Facebook baru-baru ini.
Seorang peniaga, Cheah Kim Hung, 46, memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana tindakannya memuat naik komen yang tidak sepatutnya di laman Facebook baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga, Cheah Kim Hung, 46, memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana tindakannya memuat naik komen yang tidak sepatutnya di laman Facebook baru-baru ini.

Dia mendakwa komennya itu hanya bertujuan membalas status seorang pelayar FB lain yang merujuk kepada raut wajah Perdana Menteri semasa gambar itu dirakamkan dalam istiadat yang diadakan di Dataran Parlimen.

Lelaki yang menggunakan nama FB, Michael Cheah sehubungan itu memohon maaf dan keampunan daripada Sultan Abdullah di atas kesilapannya.

“Saya dengan seikhlas hati menarik balik semua kenyataan saya yang tidak munasabah dan meminta maaf dalam group-group yang berkaitan. Saya juga meminta maaf tentang gambar yang telah disebar luas di media sosial.

“Saya berharap sesiapa yg tk puas hati kerana kesilapan yg saya lakukan dapat dimaafkan,dan meminta para-para Facebook fans boleh berhenti segala virals,sebab Pihak Polis sedang ambil tindakan segala gambar hina seketika ini.

“Disini harap patik dapat diampun oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Ampuan tuanku beribu ribu Ampun,memaafkan patik,Ampun Tuanku,” katanya di laman facebook beliau.  – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast