KUALA LUMPUR – Nur Amalina Che Bakri atau Dr Amalina berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila beliau menerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.
Berita gembira itu dikongsi menerusi Twitter miliknya yang memaklumkan telah menerima anugerah tersebut kelmarin.
Menerusi kapsyen di Instagram miliknya, doktor muda berusia 32 tahun itu mendedikasikan anugerah yang diterima kepada negara tercinta dan tidak lupa untuk ibunya, Sabariah Hassan.
Sebelum ini, Dr Amallina tersenarai sebagai antara 10 pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom.
Kejayaan itu dijangka menjadi perkongsian terakhir doktor muda tersebut yang mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari Twitter kerana mahu menumpukan kepada kerjayanya.
Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Johor Bahru kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.
Dr Amalina pernah menggemparkan negara kerana memperoleh 17A ketika menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia pada 2004. – MalaysiaGazette