Kusyen tempat duduk pesawat yang ditemui di pantai Surtainville, Perancis. foto Agensi

LONDON – Lokasi bangkai pesawat yang hilang di English Channel bulan lalu telah dikenal pasti.

Pesawat kecil itu membawa pemain bintang bola sepak Premier League, Emiliano Sala, 28.

Ketika kejadian Sala dalam penerbangan bersama juruterbang, David Ibbotson dari Nantes di barat Perancis pada 21 Januari lalu.

Saintis marin telah mengetuai pencarian pesawat berkenaan selepas dua kusyen dipercayai daripada kerusi pesawat di perairan Perancis ditemui.

“Bangkai pesawat yang membawa Emiliano Sala dan David Ibbotson telah ditemui awal pagi ini,” menurut Twitter David Mearns, seorang saintis.

Mearns dari Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) berkata, kapal telah bergerak ke lokasi yang dikenal pasti secara visual menggunakan kenderaan yang dikendalikan jarak jauh.

“Keluarga Emiliano Sala dan David Ibbotson telah diberitahu oleh polis. AAIB akan membuat kenyataan esok, “kata Mearns. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast