Penyanyi, Sufian Suhaimi membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Sufian Suhaimi yang memenangi Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 semalam memberi penjelasan bahawa tiada unsur sindirian menerusi persembahannya.

Namun begitu, pengalun lagu Di Matamu itu memohon maaf jika persembahannya membuatkan segelintir pihak terasa hati.

“Saya tidak cuba serang sesiapa. Mana-mana pihan yang terasa hati saya mohon maaf.

“Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta. Bukan saya seorang sahaja mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin,” katanya.

Terus bersangka baik, malah Sufian menganggap tiada yang negatif dalam ciapan yang ditulis bekas tunangnya, Elfira Loy semalam.

Malah Sufian menghargai doa dan niat baik Elfira.

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik. Pada saya niat itu baik… tiada apa yang silap pun dalam twit tersebut,” ujarnya.

Elfira menerima kecaman pengguna media sosial selepas memuat naik ucapan untuk Sufian dengan berharap kemenangan akan dapat menghentikan ‘derita’ dan penceritaan bekas tunangnya itu.

Semalam Sufian dipilih menjadi pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu yang menyentuh hati penonton.

Sufian memaparkan gambar pelamin seakan-akan pelamin persandingan Elfira pada 1 Januari yang lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast