KUALA LUMPUR – “Wajahnya bagaikan Almarhum Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos.”

Itu penilaian seorang pensyarah yang mengaku menjadi salah seorang saksi pengakuan Nik Abduh Nik Aziz menerima duit daripada UMNO satu ketika dahulu.

Dalam status media sosialnya, Dr. Muhammad Atiullah Othman hari ini mendedahkan, tarikh Oktober 2016 dianggapnya titik hitam dalam hidupnya.

12321702_573818786127983_4785097026143439637_n
Dr. Muhammad Atiullah Othman.- pix FB

“Buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.

“Saya sebagai penjawat awam, tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Nik Mohamad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah.

“Semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai syarat pengesahan jawatan,” katanya merujuk kepada rakaman audio yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pasir Mas mengakui menerima wang daripada UMNO beberapa tahun lalu.

Pendedahan itu mungkin ada kaitan dengan tindakan Pas baru-baru ini yang menarik balik saman terhadap Sarawak Report baru-baru ini dan audio berkenaan dikatakan salah satu bukti.

Pada hari kejadian, menurut Muhammad Atiullah, dia betul-betul di hadapan Nik Abduh.

“Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk Nik Abduh yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad yang membantah ‘ambil duit UMNO’, secara fizikalnya menuding kepada saya,” katanya.

Pimpinan lain yang hadir dan bersama dengan pandangan Nik Abduh adalah Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, dakwanya.

Menurutnya, Zaharuddin mempersoalkan soal ‘wang UMNO’ secara berhujah dengan merujuk hadis Nabawi dan perbahasan Fiqh tetapi Nik Abduh didakwanya melenting tidak tentu pasal.

“Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi sebab saya betul-betul di hadapan Nik Abduh.

“Tiada seorang pun di hadapan saya. Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang Nik Abduh. Di belakang saya pula adalah Ustaz Hazmi Dibok. Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir.

“Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih 40 orang,” katanya.

Selepas hari kejadian, Muhammad Atiullah kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pas.

“Memang bukan semua tetapi saya sangat kecewa dengan Nik Abduh,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. HADI is facing a very critical choice to decide.

    There are those around him, who have cleansed Reformists & and stay deeply conservative aka Ulama Centric but have reaped the benefits and rewards received from PAS Former Deputy President, Nasaruddin, a close confidante to Najib.

    There are those who have received nothing from Nasaruddin.

    If there is an investigation and prove beyond reasonable doubt, PAS has taken gratuity from Najib, as alleged by the Reformists led by Muhamad Sabu, to form Party Amanah Negara,

    gosh? gosh! gosh. Hell broke loose.

Comments are closed.