LONDON – Satu tubuh manusia ditemui dalam bangkai pesawat yang membawa bintang bola sepak, Emiliano Sala dan juruterbang, David Ibbotson.
Pencarian yang dijalankan pada hari Ahad lalu telah menemui pesawat Piper Malibu di dasar laut perairan Guernsey, selepas hampir dua minggu hilang.
Kemalangan itu telah disahkan oleh Cawangan Siasatan Nahas Udara.
Pasukan pencari dan penyelamat sedang merancang untuk membawa naik bangkai pesawat yang kini berada di bawah dasar laut sedalam 67 meter.
“Ada peluang yang lebih besar untuk mereka (keluarga Sala) mendapat jawapan jika (kapal terbang itu) dibawa naik.
“Usaha untuk membawa naik pesawat adalah penting ,” kata pemburu kapal karam, David Mearns.
Pesawat itu telah menerbangkan Sala, 28, dari Nantes ke Cardiff selepas pemain tersebut menyelesaikan perpindahan ke Cardiff City dengan nilai 15 juta pound. – MalaysiaGazette