LONDON – Cadbury gagal mempertahankan hak milik warna ungu untuk kertas pembungkus coklat keluarannya.

Syarikat gergasi coklat kini sudah berputus asa selepas rayuannya gagal pada Januari lalu.

Dan, sekarang para pesaingnya sudah boleh menggunakan warga ungu yang menjadi lagenda kepada Cadbury selepas keputusan mahkamah.

Sebelum ini, Nestle bimbang tuntutan yang dibuat oleh Cadbury itu bakal mengancam produk kacang hazel Quality Street dan Purple One, manisan karamel serta kotak dekorasi keluarannya.

Namun, sekarang Cadbury telah menyerah kalah selepas warna eksklusif yang didaftar pada tahun 1995 telah ditolak oleh mahkamah rayuan, sebaliknya menyokong kepada pesaing Swiss.

Cadbury Dairy Milk telah menggunakan pembalut warna ungu sejak lebih 100 tahun lalu.

Warna itu dipilih kerana ia adalah warna kegemaran Ratu Victoria.

Pada tahun 2012 Cadbury memenangi kes untuk menghentikan firma coklat lain menggunakan warna – yang dikenali sebagai Pantone 2865c.

Nestle mencabar dan pada tahun 2013 memenangi rayuan.

Langkah terbaru Cadbury adalah untuk menuntut tanda perdagangan terdiri daripada dua bahagian dan kemudian mengeluarkan bahagian yang berkaitan dengan warna.

Peguam cap dagang, Rebecca Anderson-Smith berkata, kes itu adalah “berita buruk” bagi firma itu.

“Tampaknya Cadbury menyedari pendaftaran cap dagang mereka yang sedia ada menghadapi kesukaran, jika tidak mustahil, untuk dikuatkuasakan.

“Mereka masih mempunyai pendaftaran berasingan untuk warna ungu itu, yang membalut coklat dalam bentuk bar atau tablet,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast