AMSTERDAM – Bekas Ahli Parliemn berhaluan kanan Belanda yang suatu ketika dahulu menggelar Islam sebagai ‘penyakit terbesar melanda negara kita dalam tempoh 100 tahun terakhir’ telah memeluk Islam.
Joram van Klaveren yang merupakan ahli parlimen Party for Freedom (PVV) pada 2010 hingga 2017 mempromosiakan perjuangan seorang ahli parlimen, Geert Wilders secara agresif anti Islam dan anti imigresen.
Beliau memperjuangkan polisi Wilders yang mengharamkan Quran dan menutup masjid.
Bagaimanapun kini van Klaveren berkata, beliau menemui keserasian dalam Islam, tidak seperti sangkaan awal apabila memulakan penyelidikan untuk sdebuah buku yang mengkritik agama itu yang menyebabkannya menukar pandangan sepenuhnya.
van Klaveren berkata: “Saya melihat kepada Bible di rak buku saya, di atas meja di mana buka mengenai Nabi Muhammad,”.
“Pada tahun sebelumnya saya menentang Islam. Ketika itu apabila perlu mengaku bahawa anda salah, ia bukannya satu masa yang menyeronokkan. Bagaimanapun ketika mencari tuhan saya sentiasa merasa tidak selesa. Dan ia hilang secara perlahan lahan. Rasa seperti pulang ke rumah dalam jalan agama,”.
van Klaveren yang dibesarkan dalam keluarga Protestan berkata, beliau ‘sangat kesal bahawa beliau menyumbang memberi imej yang salah mengenai Islam, lapor Telegraph.
Katanya, analisis yang dilakunya ketika menjadi ahli parlimen berhaluan kanan bahawa kebanyakan masalah dalam negara itu dan dunia dengan menyalahkan Islan adalah tidak benar.
Beliau berkata: “Ia hanya polisi Parti for Freedom, semuanya tidak benar perlu dihubung kaitkan dengan Islam,”.
van Klaveren berkata, beliau ‘tidak dengan tiba-tiba menjadi puak berhaluan kiri’ dan pemelukan Islam yang dilakukannya itu adalah perkara peribadi yang membabitkan agama. – Agensi