Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bekerja keras bagi memastikan dapat menawan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Mac ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, jenteranya sudah bersiap sedia dengan beberapa isu besar yang diyakini dapat menarik sokongan pengundi.

Beliau berkata, jika calon DAP dari Pakatan Harapan (PH) kalah pada PRK Parlimen Cameron Highlands kerana rakyat kecewa dengan harga sawit merudum, di Semenyih, isu penambahan kamera AES, tol dan harga rumah terlalu tinggi bakal didendangkan.

“Pengundi Felda Sungai Koyan dan Cameron Highlands tolak PH kerana kecewa. Mereka terkesan dengan harga sawit merudum.

“Kali ini, giliran pengundi DUN Semenyih merasa terkesan dengan bayaran tol, kamera AES, harga barang, SST dan harga rumah yang terlalu mahal,” katanya dalam status Facebook beliau hari ini.

Menurut Annuar, tindak tanduk kerajaan PH yang mengecewakan rakyat menyebabkan maruah bangsa dan agama tergadai.

Katanya, UMNO dan BN termasuk kerjasama dari Pas akan menunjukkan kekuatannya untuk mengalahkan calon PH pada 2 Mac ini di DUN Semenyih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast