Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Bagaimana acuan begitulah kueh (Kuih)nya.

Itu reaksi spontan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berhubung status akademik Timbalan Menteri Luar, Pakatan Harapan, yang dilaporkan dalam media tempatan termasuk pengakuan Datuk Marzuki Yahya semalam.

Kenyataan berbeza Marzuki dalam mengesahkan kesahihan akademiknya pada 5 dan 6 Februari lalu mendapat kritikan dan reaksi berbeza netizen di Twitter.

Setiausaha Agung UMNO itu telah berkongsi status Twitter Dr. Novandri Hasan Basri yang memuat naik kenyataan Marzuki kepada media kepada sebuah portal mengenai kelulusan akademiknya.

Dr Novandri Hasan menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Luar itu sebagai kelakar dan bersifat kantoi.

“What a joke & smell of kantoiness”.

Marzuki pada awalnya mempertahan kelayakan akademiknya dengan menyatakan akan mengemukakan bukti beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Cambridge of University.

Selepas kelayakannya terus dipertikaikan, keterangan tentang pendidikan Marzuki di Wikipedia telah diubah.

Dan, semalam, Marzuki menjelaskan beliau sebenarnya menuntut di Cambrige International University (CIU).

CIU adalah sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Dr Novandri Hasan turut meletakkan hastag #klentongkrasi dan #MaluApaBossKu selepas kenyataan itu.

Netizen Twitter meninggalkan komen kepada status Dr Novandri mengenai status akademik Marzuki.

Menurut pemilik Twitter bernama A KONTAR Yusup mba@kontarOP menyifatkan Marzuki mempunyai degree dari kilang memproses degree di Amerika Syarikat (USA).

“So now dah tidak boleh pukul la, dia(Marzuki) ada degree (gaya pos ke) tapi dari kilang buat degree di USA-The University of Cambridge, wht town, zip code, USA.

“US BBA at least 4 years. Menteri berada di sana what year to what year”.

Seorang lagi pemegang akaun Twitter, asller@seliparjepun57 turut berkongsi komen.

Katanya, beliau teringat akan dialog Sudin dalam filem P. Ramlee bertajuk Seniman Bujang Lapok adegan minta kerja.

“Tiba-tiba teringat dialog sudin dalam Seniman Bujang Lapok bila minta kerja…senior cambridge?atas lagi dari senior cambridge..atas lagi.. atas pokok”.- MalaysiaGazette