LONDON – Mayat manusia yang ditemui dalam pesawat kecil yang hilang ketika merentasi English Channel disahkan sebagai Emiliano Sala.
Perkara itu disahkan oleh polis Dorset.
Ketika nahas yang berlaku pada 21 Januari lalu, Sala, 28, dalam penerbangan ke Cardif bersama juruterbang David Ibbotson.
Mayatnya ditemui pada hari Isnin selepas bangkai pesawat dikesan pada pagi Ahad.
Bagaimanapun, mayat berkenaan berjaya dibawa keluar dua hari kemudian dalam satu operasi yang mencabar.
Dalam satu kenyataan, polis berkata: “Mayat telah dibawa ke Pelabuhan Portland hari ini, Khamis, 7 Februari 2019, disahkan oleh Koroner sebagai pemain profesional Emiliano Sala”. – MalaysiaGazette