TERKINI : ISU JAMBATAN SEMENYIH! Kontraktor Bermasalah – MB Selangor

Kontraktor yang bertannggungjawab membina semula jambatan di Semenyih pasti mempunyai pebagai isu dan masalah projek tersebut tergendala sejak empat bulan yang lalu.

Justeru menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, prestasi kontraktor dan proses pembinaan jambatan sepatutnya yang menghubungkan Jalan Bangi Lama dan laluan Kuala Lumpur-Seremban akan dinilai.

Beliau dalam masa sama berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

“Saya dah rujuk pada JKR, JKR akan keluarkan kenyataan segera bukan sebab PRK (Pilihan Raya Kecil) Semenyih tapi ini melihat apakah proses pembinaan saya pasti projek itu ada pelbagai isu salah satu pastinya kontraktor yang dipilih tidak menjalankan tugas mungkin isu kewangan.

“Biasanya kalau projek dilepaskan masa lepas kontrak diluluskan kita minta ia disambung.

“Saya nak tengok prestasi syarikat atau kontraktor yg dipilih oleh JKR ketika dulu mungkin mereka kurang berkesan atau sebagainya,” katanya kepada pemberita.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast