Penyanyi, Siti Sarah membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah akhirnya membuka mulut selepas dia meyepikan diri sebaik berakhirnya Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) minggu lalu.

Sepanjang dia mendiamkan diri, muncul spekulasi yang menyatakan Sarah kecewa selepas gagal meraih sebarang kemenangan menerusi lagu Semakin.

Namun menerusi status di Instagramnya, Sarah menjawab segala persoalan yang timbul itu.

“Assalamualaikum salam Jumaat semua. Maaf dah beberapa hari Sarah tak post apa-apa selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan.

“Firstly, Sarah nak ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan pada Sarah dan lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu itu ditempatkan di final.

“Terharu sangat sebab ini pertama kali Sarah berada di pentas AJL…Sarah dan team telah pun cuba untuk buat yang terbaik, dari semua aspek.

“Tetapi nasib tak berapa baik, malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit (mungkin over practice) dan ramai yang cakap malam tu nyanyian tak berapa baik dan agak menjerit-jerit sebab Sarah cuba untuk buat yang terbaik walaupun dalam keadaan yang tak sihat,” tulisnya.

Sarah turut menjawab situasi susunan lagu yang dikatakan telah ‘merosakkan’ mood pendengar.

“Tentang arrangement, Sarah dan management telah pun decide sejak awal lagi untuk susunan baru dan mungkin ini kesilapan dari pihak kami sebab ramai yang suka susunan asal.

“Tapi niat hanyalah satu untuk memberikan yang terbaik untuk semua. Insya-Allah, jika ada peluang kembali di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast