KUALA LUMPUR – AirAsia akan menaik taraf sistem tempahannya yang menggunakan sistem Navitaire New Skies pada hujung minggu ini dalam usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman tempahan dalam talian yang yang lebih baik.

Sehubungan itu, tempahan penerbangan tidak akan tersedia semasa tempoh naik taraf ini bermula jam 2 petang (+GMT 8) pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 hingga jam 3 pagi pada hari Ahad, 17 Februari 2019 melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Para pelanggan juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.

Semua tetamu yang bakal membuat perjalanan dalam tempoh ini dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbangan, atau mengunakan pas masuk elektronik jika tersedia.

Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Pelanggan juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast