Pasukan penyelamat berjaya mengangkat kereta SUV jenis Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kenderaan di KM 4 Jambatan Pulau Pinang pada 20 Januari lalu selepas tiga hari terlibat dalam operasi mencari. Gambar arkib

BUKIT MERTAJAM – Seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) hingga menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang bulan lalu telah dituduh di dakwa Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

M. Vaitheswaran, 21, didakwa memandu secara cuai dan menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20, di KM4.0 di jambatan arah Prai kira-kira 3 pagi pada 20 Januari lalu.

suv
K. Vaitheswaran

Tuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Vaitheswaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amir Abd Karim mencadangkan jaminan dikenakan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh tetapi peguamnya, S. Parameswaran meminta wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana anak guamnya tidak lagi bekerja sebagai pendandan rambut.

Majistret Jamaliah Abd Manap kemudian menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan lesen memandu Vaitheswaran untuk digantung sehingga kes selesai.

Vaitheswaran juga diperintah untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mac ini.

Kemalangan yang menimpa Moey itu mendapat perhatian selepas ia tular di media sosial.

Operasi mengesan dan mencari mangsa dilakukan di jambatan berkenaan dilakukan sejurus selepas insiden.

Tetapi mayat dan kereta yang dipandu oleh mangsa ditemui selepas tiga hari kemalangan berlaku.

Tertuduh dan Moey merupakan rakan sejak kecil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast