Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil mengecam perbuatan sekumpulan induvidu di Filipina yang bertindak luar batasan dengan membakar bendera Malaysia sambil mengeluarkan kenyataan biadap baru-baru ini.
NGO yang diwakili oleh beberapa pertubuhan termasuk Ikatan Rakyat Isan Muslim Malaysia (IRIMM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Dewan Ekonomi & Sosial Muslim Malaysia (DESMMA), Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), Amanah Rasah Cekal (ARC) dan Gabungan Ayahanda Selangor (GEGAS) juga menyampaikan sebuah memorandum kepada Kedutaan Filipina sebentar tadi.
Menurut wakilnya, Amir Amsaa Alla Pitchay, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut dan tidak akan sesekali bertolak ansur dalam insiden yang keterlaluan, terkutuk dan penghinaan kepada negara serta rakyat Malaysia.
Kata beliau, rakyat Malaysia bukan sahaja mahu satu tindakan tegas di ambil terhadap induvidu serta kumpulan itu, sebaliknya kerajaan Filipina juga perlu memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.