PUTRAJAYA – Tiada lagi surat sokongan menteri atau timbalan menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian untuk sebarang kepentingan mana mana pihak atau individuyang boleh diharapkan.
Itu amaran tegas Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai langkah mencegah amalan rasuah dan menegakkan integriti dan akauntabiliti dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kata Menteri pengguna itu lagi, itu adalah komitmen beliau dan timbalan menterinya yang dipegang dan dianuti sejak hari pertama melaporkan diri di pejabat kementeriannya selepas Mei tahun lalu.
Katanya ia adalah antara 22 strategi yang disusun dan diutamakan dalam Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejajar dengan usaha kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.
“Komitmen itu mengikat saya dan timbalan saya daripada hari pertama kami melapor diri yang mana tidak ada satu ayatpun, secebis kertas pun yang berupa arahan bertulis daripada hari pertama.