Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

NEW YORK – Kyle Bass, pengasas Hayman Capital Management meramalkan Amerika Syarikat kemungkinan besar mengalami kemelesetan ekonomi yang sederhana menjelang pertengahan tahun 2020 apabila lonjakan daripada rangsangan fiskal merosot.

Pengurus dana lindung nilai itu berkata, tidak mungkin Demokrat akan membiarkan pentadbiran Donald Trump untuk terus merangsang ekonomi.

Malah, Rizab Persekutuan, yang lewat melaksanakan kitaran menaikkan kadar faedah pula tidak banyak membantu.

Bass menambah, pasaran saham Amerika Syarikat akan lebih rendah pada akhir tahun, iaitu pada hari ini.

Beliau yang Ketua Pegawai Pelaburan Hayman berkata, Amerika Syarikat mempunyai peluang antara 80 hingga 85 peratus untuk menyerang perjanjian perdagangan dengan negara itu.

Bass sebelum ini banyak menumpukan perhatian kepada China dan masalah hutang negara berkenaan.

Beliau dan Daniel Babich, dalam kolum untuk Bloomberg Opinion itu menulis, Trump mempunyai lebih banyak pengaruh terhadap China berbanding mana-mana pemerintah Amerika Syarikat dalam sejarah.

Mereka menggesa pasukan Trump untuk memberi tekanan bagi membaik pulih secara besar-besaran hubungan dengan China semasa rundingan perdagangan, bukan sekadar meminta Beijing membeli lebih banyak barangan Amerika Syarikat.

Bass dan Babich juga berkata, China perlu mengakhiri “dasar pengintipan dan pencurian ekonomi yang lama” dan layanan berat sebelah kepada syarikat kebangsaan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast