Peter Anthony

KUALA LUMPUR – Lif dan karpet khas untuk Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.

Itu arahan surat arahan daripada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Dr. Ismail S. Charles yang seakan-akan seperti surat pekeliling kerajaan negeri yang tular di media sosial hari ini.

Ia kononnya dibuat atas arahan Peter sendiri.

Selain menteri, lif itu juga hanya boleh digunakan oleh pembantu menteri, setiausaha tetap, pengarah kerja raya dan ketua-ketua jabatan sahaja.

WhatsApp Image 2019-02-12 at 10.02.05 PM

Selain itu, JKR juga diarahkan memasang permaidani di dalam dan luar lif bagi memastikan lif sentiasa bersih, menurut surat yang sama.

Beberapa netizen turut berkongsi posting surat berkenaan dan mengkritiknya walaupun lif khas itu dianggap perkara biasa di pejabat kerajaan.

Seorang netizen, Norliza Abd Ghani berkata; “Wah ini lagi teruk antara dua darjat.”

Seorang lagi netizen, Arthur Sen berkata; “Sabah Ubah, VVIP wajib ada lif khas berkarpet biar pun di peringkat menteri saja. Jurang antara 2 darjat wajib. Mesti ada sistem kasta.”- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast