NEW YORK – Harga minyak meningkat lebih daripada 1 peratus selepas data menunjukkan OPEC mengurangkan bekalan dengan ketara pada bulan lalu.

Malah, Arab Saudi akan mengurangkan pengeluarannya pada bukan Mac sebanyak 500,000 tong lagi.

Niaga hadapan Brent naik sebanyak AS$0.91 kepada AS$62.42 tong dan West Texas Intermediate pula didagangkan sebanyak AS$53.10 setong, kenaikan AS$0.69.

Kenaikan harga bahan bakar itu turut dipacu selepas data daripada Institut Petroleum Amerika (API), sebuah kumpulan industri, menunjukkan stok minyak mentah Amerika Syarikat tiba-tiba jatuh.

Inventori mentah jatuh sebanyak 998,000 tong pada minggu yang berakhir pada 8 Februari hingga 447.2 juta, berbanding jangkaan penganalisis peningkatan sebanyak 2.7 juta tong.

Pemotongan pengeluaran berkuatkuasa sehingga pada akhir bulan Jun oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, Rusia walaupun peningkatan bekalan dari Amerika Syarikat.

OPEC telah mengurangkan pengeluaran minyak hampir 800,000 tong sehari pada bulan Januari kepada 30.81 juta tong sehari di bawah perjanjian penawaran global secara sukarela. – MalaysiaGazette