NEW YORK – Harga minyak naik hampir 2.0 peratus selepas Arab Saudi memaklumkan akan mengurangkan eksport minyak mentah dan penghantaran serta mengurangkan pengeluarannya.

Tetapi, kenaikan inventori minyak mentah Amerika Syarikat telah mengehadkan keuntungan.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat naik minggu lalu ke paras tertinggi sejak November 2017 selepas loji-loji penapiskan mengurangkan bekalan kepada paras terendah sejak Oktober 2017, menurut Pentadbir Maklumat Tenaga.

Kenaikan itu berlaku meskipun kejatuhan import bersih yang susut pada paras terendah berikutan pengeluran minyak mentah domestik kekal pada paras kemuncak buat minggu kelima berturut-turut.

Niaga hadapan Brent ditutup kepada AS$63.61 setong, naik 1.9 peratus.

Penanda aras minyak mentah global itu mencecah paras tinggi kepada AS$63.98 setong sebelum turun semula.

Minyak Amerika Syarikat pula naik 1.5 peratus kepada AS$53.90 setong selepas mencapai harga AS$54.60 setong pada sesi awal. – MalaysiaGazette