Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2018
Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas menangkap enam suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas.

Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun menerusi kenyataannya berkata, kesemua suspek yang ditangkap  terdiri daripada dua orang warganegara Malaysia dan selebihnya warga asing dari Singapura, Bangladesh Filipna serta sebuah negara di Asia Selatan.

Jelasnya operasi yang bermula 19 Disember 2018 sehingga 28 Januari 2019 dilakukan di tiga buat negeri iaitu Sabah, Selangor dan Johor.

Tangkapan di hari pertama kata Muhammad Fuzi berlaku Johor Bahru melibatkan seorang lelaki Singapura berusia 48 tahun yang merupakan ahli perniagaan.

“Suspek aktif berhubung dengan Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai pengganas Daesh di Syria) dan telah membantu menyalurkan dana kepada individu tersebut.

“Suspek juga menerima arahan daripada Akel Zainal untuk merekrut beberapa indvidu lagi bagi tujuan melancarkan serangan ke atas bangunan Freemason di Johor,” katanya.

Tangkapan kedua adalah melibatkan lelaki warganegara Bangladesh berusia 31 tahun dan ketiga pada 10 Januari di Sepang dengan tangkapan dua lelaki tempatan berusia 38 tahun.

“Kedua-dua (tangkapan ketiga) suspek telah diusir pulang ke Malaysia selepas ditahan di negara luar kerana terlibat memberi sokongan kepada Daesh,” tambahnya.

Seterusnya pada 19 Januari tangkapan seorang lelaki Filipina di Kota Kinabalu dan terakhir pada 28 Januari.

Kesemua suspek menurut beliau lagi ditangkap kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosuder di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747). -MalaysiaGazette