Penunggang motosikal dan pembonceng menyumhang angka tertinggi kemalangan maut dalam Op Selamat CNY 2020 memasuki hari kelima sehingga semalam.

PETALING JAYA – Kesalahan melebihi had laju mendahului jumlah saman bagi enam kesalahan utama yang dikuatkuasakan Op Selamat 14 Bersempena Tahun Baru Cina 2019 dari 29 Januari hingga 12 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit sambil memandu, memotong barisan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan dan melanggar had laju yang ditetapkan dipantau sepanjang penguatkuasaan itu.

“Sepanjang Op Selamat 14, keseluruhannya sebanyak 360,738 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di atas jalan raya sepanjang musim perayaan itu.

“Ia agak rendah berbanding 385,547 saman yang dikeluarkan semasa Op Selamat 12 tahun lalu.

“Bagaimanapun enam kesalahan utama merekodkan sebanyak 225,177 saman manakala kesalahan melebihi had laju yang ditetapkan menerima saman tertinggi iaitu 212,064 saman,” katanya dalam sidang media Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 14 Tahun Baru Cina 2019 di Persada PLUS di sini.

Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail dan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.

Memotong Barisan ‘Q’ pula dikeluarkan sebanyak 4,108 saman terhadap pesalah diikuti 3,245 saman untuk kesalahan memotong garisan berkembar dan 2,706 saman atas kesalahan menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu.

Malah secara keseluruhannya jumlah kemalangan, kemalangan maut dan kematian menyaksikan sedikit penurunan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 14 tersebut.

Kali ini 20,829 kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 21,041 bagi Op Selamat 12 tahun lalu.

Manakala sebanyak 197 kemalangan maut (Op Selamat 14) dicatatkan berbanding 208 kemalangan maut pada Op Selamat 12 tahun 2018.

Justeru jumlah kematian kali ini menurun kepada 10 menjadi 216 kematian berbanding Op Selamat 12 tahun lalu (226 kematian).

Noor Rashid berkata, faktor terbabas sendiri dilihat sebagai punca utama menyumbang kemalangan maut pada Op Selamat kali ini yang mana 87 kes maut direkodkan daripada 197 kes keseluruhan.

“Pengguna motosikal penyumbang utama kematian ikutkan statistik kali ini iaitu 138 kes diikuti pengguna motokar sebanyak 46 kematian dan pejalan kaki (18 kematian),” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast