Jentera baharu Ferrari SF90 musim 2019 diyakini mengakhiri kemarau 10 tahun gelaran dunia musim ini

MILAN – Pasukan Formula 1 Ferrari hari ini memperkenalkan jentera baharunya, SF90, untuk musim 2019.

Jentera baharu itu diyakini dapat mengakhiri kemarau menjuarai juara dunia yang telah berlanjutan selama 10 tahun.

Ferrari melepaskan gelaran dunia kepada seterunya, Mercedes, pada musim lalu walaupun telah memiliki jentera yang jauh lebih canggih berbanding lawannya itu.

Pasukan dari Itali itu mahu memastikan pemandu, Sebastian Vettel tidak mengulangi kesilapan musim lalu yang menjejaskan gelaran dunia.

“Jentera Ferrari yang diperkenalkan kali ini hasil pembangunan tahun lalu, bukan revolusi baharu,” kata pasukan itu.

Vettel kini digandingkan dengan Charles Leclerc selepas Kimi Raikkonen meninggalkan pasukan itu.

new ferrari
Jentera baharu Ferrari diyakini membawa tua gelaran dunia yang dinantikan sejak 10 tahun lalu

“Saya mahu menang gelaran dunia musim ini dan pasukan berada dalam landasan terbaik ke arah itu.

“Itulah misi saya dan sebab itulah saya masih bersama Ferrari,” kata Vettel pada majlis pelancaran jentera baru Ferrari semalam.

Leclerc yang diperkenalkan sebagai pelumba pasukan itu berkata, dia teruja memulakan pengembaraan baharunya bersama Ferrari.

“Ia adalah impian sejak kecil lagi yang kini menjadi nyata dan ini merupakan saat sangat beremosi untuk saya dan keluarga.

“Saya berganding dengan juara dunia empat kali, Vettel, dan tidak akan memberi laluan mudah kepada seteru kami dalam F1 musim ini,” kata Leclerc. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast