TERKINI : PENYOKONG BN MENINGGAL! Hari Penamaan Calon PRK Semenyih

KAJANG – Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) disahkan meninggal dunia ketika menunggu proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih berjalan.

Allahyarham Mamat Awang, 59, berasal dari Terengganu dipercayai rebah sebelum meninggal dunia di perkarangan Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di sini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri turut berada di tempat kejadian sehingga ambulans sampai untuk membawa jenazah ke hospital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast