Mohammed bin Salman. foto Agensi

DUBAI – Putera Mahkota Arab Saudi sebenarnya tidak berhasrat untuk membeli Manchester United, menurut Menteri Penerangan negara itu.

Ia sekali gus menafikan laporan media sebelum ini.

Turki al-Shabanah bagaimanapun mengakui berlaku pertemuan dengan pemilik dana kekayaan Arab Saudi untuk tujuan penajaan.

“Laporan yang menyatakan Mohammed Salman mahu membeli kelab itu adalah tidak benar.

“Manchester United telah mengadakan pertemuan dengan PIF Saudi untuk berbincang mengenai peluang penajaan,” kata menteri tersebut.

Tetapi, katanya, setakat ini tiada apa yang dimuktamadkan.

Pada Ahad lalu, akhbar British, The Sun melaporkan, Putera Mahkota Arab Saudi sedang membida sebanyak AS$4.9 bilion untuk memiliki kelab yang paling popular itu.

Menurut The Sun, bidaan itu telah dikemukakan pada bulan Oktober lalu tetapi kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Kedutaan Arab Saudi di Istanbul telah menjejaskan potensi tawaran yang dibuat. – MalaysiaGazette