SEOUL – Korea Selatan bakal menjadi negara pertama di dunia yang memulakan operasi komersial 5G pada Mac ini, kata Menteri Kewangannya, Hong Nam-ki.

Perkhidmatan percubaan sistem 5G dilaksanakan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang tahun lepas di bawah kendalian penyedia perkhidmatan utama Korea Selatan, KT Corp.

Kelajuan transmisi data 5G adalah 40 ke 50 kali ganda lebih lebih pantas berbanding rangkaian 4G atau teknologi LTE dan dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan baharu dalam bidang perkhidmatan komunikasi.

Tambah Hong, KT dan dua lagi pesaing tempatan, SK Telecom dan LG Uplus akan melabur kira-kira tiga trilion won tahun ini untuk membangunkan hubungan 5G di negara tersebut.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast