Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Sembang Santai Bersama Masyarakat Orang Asal di Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 24 FEBRUARI 2019

HULU LANGAT – Pihak-pihak tertentu diminta supaya tidak terlalu ‘melampau’ dengan memperbesar-besarkan perkara berkaitan pemberian sesuatu oleh parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perkara itu ditegaskan, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberitahu bukan sahaja PH, malah Barisan Nasional (BN) juga ada mengadakan majlis yang menyediakan sumbangan dan hidangan.

Menurutnya, perkara demikian bukanlah satu msalah besar dan ia tidak perlu dijadikan isu.

“Saya fikir, jangan terlalu melampau. Saya tak fikir faktor itu melanggar akta Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Saya fikir, mereka sebelah sana pun ada majlis, buat siap-siap. Itu kita tak nak complaint.

“Its quite normal (Ia agak biasa). Biasalah, kalau saya datang sini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mesti layan saya, ada teh tarik. Bukan nak bagi duit RM10, RM100. Jangan sampai ke tahap itu lah. Saya tak fikir itu satu masalah besar,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PH yang mengedar bubur lambuk pada satu majlis sembang santai di Masjid Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama pada Jumaat lepas.

Difahamkan, setiap pek bubur lambuk yang diedar ditampal menggunakan pelekat yang tertera logo dan perkataan Pakatan Harapan.

Tindakan PH itu mendapat reaksi pelbagai daripada Barisan Nasional (BN) dan juga warganet apabila menyifatkan perbuatan itu sebagai melanggar akta Suruhanjaya Pilihan Raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast