SEMENYIH – UMNO dan Pas memberikan tempoh dua minggu kepada Peguam Negara, Tommy Thomas supaya mengheret individu yang dipercayai menghina Nabi Muhammad secara terbuka ke mahkamah.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyaf Wajdi Dusuki, gabungan parti itu merancang untuk mengadakan demonstrasi aman secara besar-besaran sekiranya pendakwaan ke atas individu itu tidak dibuat oleh Tommy.
“Pemuda UMNO dan Pas bertegas sekiranya perkara ini dilambat-lambatkan, kita tidak ada pilihan, melainkan menzahirkan kebimbangan dan kemarahan kita kerana penghinaan terhadap Nabi kita amat besar.
“Ini bukan sentimen peribadi tapi lebih kepada sentimen agama secara keseluruhan, jadi kita kena zahirkan sesuatu yang melibatkan kepentingan bersama.
“Kita beri tempoh seminggu dua lagi, sekiranya masih tidak ada apa-apa, kita akan bertindak,” katanya kepada media selepas berucap dalam program Ceramah Umum di Pusat Daerah Mengundi Semenyih Selatan.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun yang berkata beberapa individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas agama Islam.
Semalam, seorang lagi individu direman tiga hari yang menggunakan nama Sarkar Tanesan di Facebook atas dakwaan tersebut.
Sehingga 491 laporan polis telah dibuat oleh individu-individu di seluruh negara berhubung kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Saidatina Aisyah ang tular di Internet baru-baru ini.
Sehubungan, Asyraf berkata, sekiranya pihak Peguam Negara tidak diheret ke mahkamah, gabungan itu tidak akan teragak-agak membuat demonstrasi di hadapan pejabat Tommy Thomas.
“Bila individu itu akan dituduh di mahkamah? Kita tidak mahu perkara ini dibiarkan sahaja.
“Kita akan turun ke Putrajaya pergi ke pejabat Peguam Negara kerana ini melihatkan sentimen umat Islam, jadi jangan diperkotak-katikkan.
“Sebaik sahaja tiada respons daripada Peguam Negara, maka kita akan kumpulkan orang-orang kita,” katanya lagi.
UMNO dan Pas sebelum ini bekerjasama mengadakan demonstrasi aman di Dataran Merdeka bagi menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Disember tahun lalu. -MalaysiaGazette
…tak pulak demostrsi besar besaran bila Najib & Bossku, Rosmah, curi harta Negara.