Mohamad Fuzi Harun
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan bersama para penerima pingat Jasa Pahlawan Negara sempena Hari Peringatan Ulang Tahun Penubuhan Pasukan FRU Ke-63 di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Polis sedang berunding dengan pihak berkuasa dan pihak penculik, kumpulan Abu Sayyaf, untuk membebaskan 3 nelayan termasuk seorang warga tempatan yang diculik di Kinabatangan baru baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima tuntutan wang tebusan daripada kumpulan penculik itu.

“Kita masih berunding dengan pihak berkuasa dan penculik yang terlibat dan sekiranya perlu kita akan membantu dalam usaha membebaskan tahanan, tetapi proses rundingan masih berjalan lagi,” katanya ketika ditanya wartawan mengenai perkembangan terbaharu kes itu.

Beliau dan Timbalan Ketua Polis Negara hadir ke Perbarisan Peringatan Ulang Tahun Ke-69 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di PGA Cheras hari ini.

Seramai 267 pegawai dan anggota FRU menerima pingat Jasa Pahlawan Negara dari Mohamad Fuzi.

Tambah beliau, polis sedang mengambil usaha terbaik untuk memastikan rakyat Malaysia dan dua lagi nelayan warga Indonesia dibebaskan tanpa masalah.

“Kita tidak akan mendiamkan diri dalam perkara penculikan ini dan akan membantu mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast