SEMENYIH – Pengundi India diminta supaya memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Muhammed Aiman Zainali dalam PRK DUN Semenyih.
Presiden PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Malam Kebudayaan bersama Pengundi India Semenyih PH berkata, mesej itu penting untuk PH memastikan agenda Semenyih diangkat ke peringkat negeri dan tidak diketepikan.
“Kita kadang-kadang cepat lupa..kalau Najib (Razak) turun di sini nanti Muniandy ke siapa nampak dia terus cium tangan..oh kadavule (ya Tuhan).
“Satu dunia tahu kejutan yangberlaku pada PRU-14 lalu yang mana UMNO BN dijatuhkan oleh PH.
“Tapi kawan kawan (mansyarakat India) pastikan jangan membenarkan kerosakan dahulu (BN) berulang kali ini di negeri ini yang mana kekayaan harta dan wang dicuri bukan satu sen tapi ribu-ribu,” katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau sedar keluhan rakyat mengenai kenaikan barang dan sebagainya.
“Dua tiga hari tak boleh selesai tapi sedikit sedikit boleh bawa kebaikan perubahan dibawah kepimpinan Tun M (Mahathir Mohamad).
“Itu sebabnya Semenyih mesti menang dan dipertahankan oleh PH. Saya mau tengok pada hari undi percaya muka muka undi masyarakat India di sini beri sokongan paling kukuh.
“Aiman mahu jadi wakil rakyat bukan curi tanah dan bukan projek masuk poket kalau dia buat itu nanti kita ‘adi’ (pukul) sama dia (berseloroh),” katanya lagi.
Menurutnya lagi di Port Dickson beliau memperoleh sokongan undi orang India yang cukup tinggi dan mahu aura sama diterjemahkan oleh pengundi India di Semenyih pada 2 Mac ini.
“Aaya salute (tabik) mereka (pengundi India) sokongan undi paling tinggi hampir 80 peratus di PRK Port Dickson lalu. Saya nak di Semenyih begitu juga,” tegasnya.- MalaysiaGazette