Kepa Arrizabalaga. foto Agensi

LONDON – Maurizio Sarri masih mengiktiraf Kepa Arrizabalaga sebagai penjaga gol No. 1 Chelsea walaupun dia digugurkan ketika The Blues melakar kemenangan 2-0 ke atas Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.

Pengurus kelahiran Itali itu tidak menyenarikan Kepa gara-gara keengganan dia digantikan ketika aksi final Piala Liga menentang Manchester City di Wembley pada Ahad lalu.

Kepa telah dikenakan hukuman potongan gaji seminggu.

Ditanya mengenai masa depan pemain dari Sepanyol itu masih penjaga gol No. 1 The Blues, Sarri berkata gelaran itu masih milik Kepa.

“Cuma Kepa telah membuat kesilapan besar dan dia terpaksa membayar harga mahal kepada kelab dan pasukannya.

“(Willy) Caballero juga penjaga gol yang baik dan memiliki pengalaman banyak dan sangat berkeyakinan ketika beraksi di atas padang serta dalam bilik persalinan.

“Dia akan terus bersama kami namun tidak tahu jika dia akan bermain untuk perlawanan yang seterusnya,” katanya.

Selepas ini, Chelsea akan menentang Fulham kemudiannya Dynamo Kiev dalam aksi Liga Europa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast