Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menempelak Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang tidak tahu malu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, bekas Perdana Menteri itu masih lagi boleh berseronok walaupun berdepan dengan banyak pendakwaan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut pelik kerana masih ada penyokong yang masih setia dengan Ahli Parlimen Pekan itu