Pengarah Eksekutif Bersih 2.0, Yap Swee Seng bercakap pada sidang media ringkas mengenai kesalahan pilihan raya yang berlaku pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil N. 47 Semenyih di Balai Polis Semenyih, Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2019

SEMENYIH – Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ahli-ahli Parlimen supaya menyemak semula peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilhan Raya 1954 untuk melaksanakan hukuman setimpal dengan kesalahan seseorang calon atau parti bertanding dalam mana-mana pilihan raya akan datang.

Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng berkata,  klausa serta seksyen sedia ada terlalu umum dan tidak menjurus kepada kesalahan besar atau kecil.

“”Jadi saya rasa pada masa akan datang SPR dan wakil rakyat harus meneliti akta kesalahan pilihan raya sedia ada supaya hukuman seperti denda boleh dikenakan ke atas calon yang melanggar peraturan pada hari mengundi berbanding membatalkan kelayakan bertanding,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Semenyih di sini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon PH Muhammad Aiman Zainali dan calon BN Zakaria Hanafi yang didapati merayu undi dalam kawasan pusat mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih pagi tadi.

“Katanya hukuman yang dikenakan haruslah setimpal dengan tahap keseriusan sesuatu kesalahan yang dilakukan seseorang calon bertanding.

“Kalau sekadar meminta sokongan undi pada hari mengundi dan membatalkan kelayakan sangat berat namun pastinya perlu ada suatu tindaksn untuk diambil,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya sedia maklumkan tindakan Aiman yang dilaporkan oleh media yang telah merayu undi dan ia adalah satu kesalahan pilihan raya yang perlu disiasat polis.

Terdahulu Swee Seng bersama beberapa anggota bersih selaku pemerhati PRK DUN Semenyih tampil membuat empat laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya kecil di Semenyih hari ini.

Menurutnya, isu pondok panas yang dibina oleh dua parti politik utama berhampiran pusat mengundi, rayuan undi oleh penyokong parti dan menghantar pengundi dengan kenderaan di hadapan pintu pusat mengundi serta berlegar di luar pusat undi dan mengambil identiti pengundi.

Katanya, kesemua kesalahan itu dikesan di empat Pusat Mengundi hasil pemantauan pemerhati kami sejak pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching,Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching,SK Kantan Permai dan Sekolah Agama Batu tiga.

“Membuka pondok panas dan merayu undi oleh PH dan BN adalah salah dibawah Akta SPR dan hanya SPR dibenarkan membuka pondok dan tiada mana mana parti dibenarkan dirikan khemah dalam kawasan DUN pada hari mengundi

“Di bawah Seksyen 26 mana mana parti tidak bpleh berkempen atau merayu sokongan undi sebab kamu diberi msa berkempen selama 14 hari sehingga

“Satu lagi berlaku iaitu orang melepak di luar pusat undi memgambil identiti pengundi dan ini satu lagi kesalahan dibawah Seksyen 26(1)(e) yang menyebut tiada siapa dibenarkan memperoleh identiti pengundi,  selain Seksyen 26(1)e(4) memperuntukkan tiada sesiapa dibenarkan melepak atau memasuki pusat mengundi kecuali bertujuan untuk mengundi.

“Kami mengesyaki ia dilakukan calon kedua dua parti utama dan mahu polis siasat perkara ini..video dan foto kami ada sebagai bukti akan dikemukakan bersama laporan polis itu,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast