Sesi fotografi bersama penyanyi tanahair, Noraniza Idris.

KUALA LUMPUR – Bertahun-tahun mendiamkan diri, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris tahun ini membuat kemunculan semula menerusi beberapa siri konsert jelajah. 

Sebanyak lapan siri jelajah yang akan diadakan di beberapa buah negeri termasuk Singapura. 

Dalam masa terdekat ini, konsert jelajah khasnya di Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur iaitu ‘Sawo Matang Special Showcase’ bermula 12 hingga 14 April 2019. 

Kata Noraniza, 50, yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani, jelajah itu memerlukannya berkorban masa untuk latihan setelah sekian lama tidak mengadakan pereembahan pentas yang besar. 

“Perjalanan pertama ini saya dah lama tak buat persembahan pentas yang grand.

“Bila saya keluar kali ini, saya tak boleh buat persembahan biasa, (justeru) Kak Ani korban masa sebab perlu ada persiapan rapi,” katanya ketika sidang media di Kompleks Kraf hari ini.

MGF05032019_SIDANG MEDIA NORANIZA IDRIS04
Penyanyi tanahair, Noraniza Idris bercakap pada Majlis Sidang Media “Noraniza Idris – Sawo Matang Special Showcase” di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2019

Siri jelajah dengan #saveiramamalaysia ini dalam masa yang sama memperkenalkan program ‘Malay World Culture Paradise’ bermula dengan Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang tujuannya adalah memberi kesedaran dan menyemarakkan semangat cinta seni dan budaya dalam kalangan generasi muda. 

Selain jelajah ‘Sawo Matang’, Noraniza Idris akan tampil di Fleastar Aidil Fitri (6 Mei – 4Jun 2018), Fleastar Merdeka di Ipoh (2-4 Ogos), Iktiraf iaitu konsertnya di Singapura pada 9 November, Jejak Budaya, Akar Kita Zapin.

Tidak hanya tahun ini, Noraniza Idris akan meneruskan aktiviti jelajah dengan konsert ‘Malai Solo’ pada 2 hingga 4 April tahun depan. 

Noraniza memaklumkan keseluruhan jelajahnya itu bakal melibatkan lebih kurang 100 artis tari kebudayaan. 

Bagi tiket jelajah khasnya yang juga pertama iaitu Sawo Matang tiket yang berharga RM99,RM119, RM139, RM169 dan RM189 boleh didapato di talian 019 -339 1445, 018 -871 4305 atau whatsapp di 011 -377 00894 / 018 – 398 1810.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast