KUALA LUMPUR – Bertahun-tahun mendiamkan diri, ratu irama Malaysia Noraniza Idris tahun ini membuat kemunculan semula menerusi siri jelajah.
Sebanyak 8 siri jelajah yang akan diadakan di beberapa buah negeri termasuk Singapura. Dalam masa terdekat ini adalah jelajah khasnya di Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur iaitu ‘Sawo Matang Special Showcase’ bermula 12 hingga 14 April 2019.