Kediaman yang disewa oleh Ramis Jonuzi menerusi Airbnb, menjadi lokasi pembunuhannya pada Oktober 2017. foto Agensi

MELBOURNE – Pemilik rumah yang menyewa kediamannya kepada Airbnb mengakui pembunuhan yang berlaku ke atas penyewanya, yang gagal membuat pembayaran secukupnya.

Bagaimanapun, Jason Colton, 42, tidak mengaku bersalah membunuh mangsa tetapi mengaku bersalah membunuh tanpa niat ke atas Ramis Jonuzi pada Oktober 2017.

 

Ramis
Ramis Jonuzi. foto Agensi

Keterangan di mahkamah itu memberitahu dua rakan serumah Colton telah memegang mangsa yang berusia 36 tahun sementara suspek pula memukul dan mencekik lelaki berkenaan selepas gagal membayar wang sejumlah A$210.

Colton mengatakan dia hanya mahu Jonuzi keluar dari rumahnya, tidak membunuh atau mencederakan mangsa dengan serius.

Media The Age melaporkan pada masa itu, Jonuzi seorang tukang batu telah menyewa bilik di Brighton East kerana dia mahukan tempat yang murah dan stabil untuk tinggal sementara kerana berdepan dengan “masalah peribadi”.

Beliau pertama kali menyewa bilik bersama tiga lelaki itu – Colton, pemilik tanah Craig Levy dan rakan mereka, Ryan Smart – selama tiga malam, tetapi kemudian meminta untuk melanjutkan masa tinggalnya selama seminggu dengan bayaran A$210.

Walau bagaimanapun, apabila hari daftar keluar, dia kurang A$10 dalam akaunnya dan oleh itu tidak dapat membayar.

Mahkamah Victoria yang mendengar perbicaraan tersebut dimaklumkan mangsa dia telah mengemas barang-barang dan biliknya dan hendak keluar ketika ketiga-tiga lelaki itu menyerangnya.

Pendakwa raya Mark Gibson memberitahu mahkamah bahawa Colton adalah orang pertama yang menyerang Jonuzi.

“Dia menarik mangsa dan melemparnya ke dinding dan kemudian mencekik.”

Ley dan Smart kemudian memegang mangsa dan Colton membelasahnya sehingga Jonuzi tidak sedarkan diri.

Dua rakan suspek kemudian mengheret mangsa di taman dan terus memukul.

Rakaman yang dimainkan di dalam mahkamah menunjukkan Jonuzi separuh bogel dan terdampar di hadapan pintu rumah dengan muka berdarah.

Colton menafikan perbuatannya sudah cukup untuk membunuh mangsa kerana dia hanya mahu memukul Jonuzi sehingga tidak sedarkan diri.

Sekiranya juri menerima keterangan itu, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun tetapi jika dia kenakan hukuman membunuh, Colton berpotensi menghabiskan hidupnya di penjara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast