KUALA LUMPUR – Penyanyi antarabangsa,37 Maher Zain mengakui terpikat dengan makanan melayu khususnya sate dan nasi lemak.
Katanya lagi, budaya Malaysia juga memikat hatinya termasuk respon yang baik terhadap dirinya dan lagu-lagunya semenjak 2005.
“Saya sukakan sate… nasi lemak, saya sukakan budaya Asia di sini,”katanya sambil tersenyum simpul.
“Saya tidak sangka akan diterima sehingga di Malaysia menerusi lagu-lagu saya semenjak 2005, banyak orang di sini nyanyikan semula lagu saya, banyak permintaan untuk saya ke sini membuatkan saya terharu dan rasa diterima,”katanya lagi mengimbau langkahnya ke Malaysia beberapa tahun yang lalu.
Justeru itu beliau berharap jelajahnya ke empat buah negeri mula 9 Mac ini akan dapat menggembirakan peminatnya di sini.