Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dan Ketua Wanita MIC Wilayah Persekutuan, V Saratha bercakap kepada media selepas membuat laporan polis yang meminta pihak polis menyiasat kenyataan berbaur hasutan oleh Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS sebagai perisytiharan perang terhadap bukan Melayu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.