TOKYO – Seorang wanita Jepun yang berusia 116 tahun telah diiktiraf oleh rekod Guinnes Book sebagai manusia tertua di dunia, semalam.
Wanita tersebut, Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903 iaitu tahun sama Wright bersaudara memperkenalkan penerbangan manusia pertama.
Majlis sambutan sempena pengikrafan Tanaka di rumah penjagaan orang-orang tua di barat Jepun yang turut dihadiri Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima.
Apabila ditanya apakah saat paling paling gembira dalam
hidupnya, Tanaka menjawab: “Kehidupan pada hari ini.”
Tanaka dilaporkan menjalani kehidupannya bermula pukul 6 pagi setiap hari dan belajar matematik serta kaligra pada waktu tengah hari.
Sebelum ini, Jiroemon Kimura, direkodkan sebagai lelaki
tertua di dunia meninggal dunia pada Jun 2013 pada usia 116 tahun.
Manusia paling lama hidup di dunia adalah Jeanne Louise Calment dari Perancis, yang meninggal dunia kekal berusia 122 tahun pada 1997. – MalaysiaGazette