LONDON – Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Badminton Seluruh England dengan gelaran naib uara selepas tewas kepada kehebatan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam final di Arena Birmingham, malam tadi.
Pasangan muda negara itu selangkah bergelar juara apabila mengungguli aksi set pertama dengan kemenangan 21-11 dalam tempoh 13 minit.
Bersambung set kedua, pasangan Indonesia itu mula bangkit dengan garang sebelum memenangi set kedua 21-14.
Set penentuan berlangsung penuh debaran apabla dengan kedua-dua pasangan saling berkejar mata namun pengalaman memisahkan Aaron dan Wooi Yik dengan pasangan Indonesia itu sebelum mereka memastikan kemenangan 21-12 untuk merakamkan kejuaraan ketiga Seluruh England.
Aaron-Wooi Yik yang melakukan penampilan pertama dalam Seluruh England tetap membanggakan dan mereka menjanjikan sesuatu untuk masa depan sukan badminton. – MalaysiaGazette