Foto Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah.

KUALA LUMPUR – Bola Sepak Kedah (KFA) menghantar empat pemain muda mereka terbang ke Cardiff City bagi menimba ilmu bersama kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Menerut Facebook rasmi Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah, mereka dalah tiga pemain dari skuad Piala Presiden adalah Mohd Suhaimie Saad, Aminuddin Abu Bakar dan Mohd Asri Muhammad dan seorang lagi pemain muda dari Liga Super, Fazrul Danel.

Keempat-empat pemain itu berangkat ke London semalam dan akan menjalani latihan di Akademi Bawah 22 Tahun Cardiff City selama sebulan.

Pemergian mereka ke Cardiff diiringi oleh Naib Presiden 1 KFA, Anas Hafiz Mustaffa dalam melaksanakan siri kedua Projek Kerjasama Pembangunan Bolasepak KFA x CCFC. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast