TERKINI : ISU LGBT! Pendapat Anak Tun M Bersifat Peribadi – Faiz Na’aman

Pandangan Datin Marina Mahathir terhadap kenyataan Datuk Seri Mujahid Yusof dan Wan Saiful Wan Jan mengenai bantahan perarakan Hari Wanita Sedunia yang turut menjadi platform kepada LGBT untuk melaungkan hak mereka adalah bersifat peribadi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Muhammad Faiz Na’aman mengulas mengenai tindakan anak perdana menteri itu yang mendakwa kaum wanita salah mengundi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio agama itu kerana didakwa memperlekeh suara wanita.

Malah Marina yang terkenal dengan kelantangan bersuara selain menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selama ini menyifatkan kedua-dua pemimpin itu sebagai misogyny atau benci perempuan sambil mempersoalkan kenapa dua pemimpin itu tidak mempunyai apa apa yang positif untuk diucapkan kepada kaum hawa.

Muhammad Faiz berkata, setakat yang beliau faham, keterlibatan Marina dengan pertubuhan NGO yang menganjurkan perhimpunan sambutan wanita itu adalah hak peribadinya dan tidak berkaitan dengan mana mana parti politik.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast