Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2019 turut hadir Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung dakwaan ada beberapa negeri berkemungkinan besar akan bertukar kerajaan dan jatuh ke tangan pembangkang dalam masa terdekat.

Beliau yang ditanya soalan berhubung dakwaan tersebut sempat ketawa terlebih dahulu sebelum menjawab isu itu.

“Hahaha. Kita tengok dulu bagaimana,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Parlimen, hari ini.

Beberapa hari lepas, Pas memberi bayangan bahawa Kerajaan Negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) boleh bertukar tangan sekiranya parti itu terlebih dahulu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Pandangan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas Perak, Akmal Kamarudin yang menyatakan bahawa dengan 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki BN dan Pas dengan tiga kerusi DUN sudah melengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Manakala di Kedah pula, Pas negeri menyatakan kesediaan dengan sebarang kemungkinan sekiranya dua daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PH di Kedah beralih arah yang secara tidak langsung bakal menyaksikan perubahan politik yang mendadak.

Ditanya mengenai kerjasama UMNO dan Pas, perdana meterni berkata, sesiapa sahaja bebas membuat sebarang keputusan mengikut pernilaian mereka.

“Kalau UMNO-Pas hendak bersatu atau bekerjasama, terpulanglah. Bersatulah kalau mahu. Kalau hendak kahwin, kahwinlah. Negara kita ini bebas, hendak kahwin lelaki, hmmm, itu tidak boleh lah di sini. Ada negara yang boleh,” ujarnya. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/11/pas-yang-kuat-di-kedah-bukan-umno-mukhriz/